Jurufoto

Banyak benda dan perkara yang bermain-main di minda aku sekarang. Kadang-kadang terbawa-bawa dalam tidur. Kalau zaman student dulu seringkali mimpi soalan-soalan yang bakal keluar tapi sekarang dok termimpi-mimpi design baju nikah lah, mini pelamin lah, kad jemputan lah, door gift lah, senarai alamat kawan-kawan lah dan juga duit, duit dan duit.. Asal ada contest yang dapat duit saja mesti nak masuk! Bukan mata duitan ya kawan-kawan tapi keadaan mendesak dan memerlukan. Cuma sekarang ni alhamdulillah dah dapat panggilan kerja. Tengah tunggu surat rasmi. Minta-minta bulan lima baru mendaftar. Haha..

Bukan sengaja nak mengelat ka apa. Cuma kerja tu nun jauh dekat sempadan sana. Jadi, kalau boleh nak selesaikan semua urusan pernikahan sesegera mungkin terutamanya bab baju dan bunga dulang. Nanti kalau dah mula kerja susah pula nak balik KL tambahan mestilah sibuk kan. Rancangnya dalam minggu ini atau minggu depan mesti dah buat temujanji dengan designer. Harus!

Setelah seminggu dua membuat tinjuan, penelitian, semakan dan mutu terhadap khidmat photographer, akhirnya saya buat keputusan untuk ambil pemilik koleksi gambar-gambar berikut. Sila tengok untuk buat penilaian sendiri.

Tak banyak sangat yang saya copy. Just ambil yang berkenan sebab berkenan kat baju pengantin sebenarnya. Selain wedding beliau pun ambil gambar potret dan lain-lain occasion lah. Gambar-gambar beliau sangat jelas dan bermutu.


Selain itu, sangat mudah untuk saya berurusan dan berunding dengan beliau. Itulah tips utama supaya gambar-gambar kamu kelihatan cantik. Mesti ada sefahaman, keserasian dan perbincangan dengan jurufoto untuk menghasilkan foto-foto idaman kamu.


Beliau yang saya maksudkan adalah saudara SF, my own cousin. Sekarang banyak jurufoto bersepah-sepah tumbuh bak cendawan. Ada yang memang dari background photographer tapi ada yang mula kerjaya sebab minat. Kira part time la. Tak kesah la kan. Tapi, biar la ada ilmu. Jangan sebarangan ambil gambar lepas tu caj mahal-mahal ala-ala profesional gitu. Walhal imej pun tak tajam dan banyak guna edit dalam photoshop gitu.

So, keputusan adalah muktamad. Malas nak fikir-fikir and tanya or minta quotation sana sini. Leceh beb! Bukan semua layan dengan baik. Ada setengah tu sampai hari ini pun tak bagi lagi quo harga. Just cakap tak available on that day. Alasan mudah untuk tutup cerita la kan bila dah tak berminat tu.

Now, dok intai-intai posisi baik posing menarik untuk dirakam on that beautiful day nanti. Haha-
4 Responses
  1. Unknown Says:

    bgs gak klu zainur nk amik yg terdekat & boleh dieprcayai...boleh runding harga sekali....sy suke baju penagntin ppuan yg biru..nice la

  2. Hasnah Says:

    asna psl bab photographer nie mmg xtau pape.. photographer tung asna yg uruskn hehe ;)

    Comel la gmbr masa akak tunang nie ;)

  3. KAK RAINBOW Says:

    saya mmg amik berat ttg photographer semasa wedding saya dulu :)

  4. Zainur Says:

    Mia: cantikkan sebab tu la kita copy gamba nie...hehe

    Asna: *senyum kambing kat asna* hehehe...

    Nurul: Yup, memang kena ambil berat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs