I'm recovering...

First of all alhamdulillah. Praise to Allah swt. Even though I have been sick for the entire week but I still manage to prepare myself for the presentation...and Alhamdulillah the proposal review presentation went well. Alhamdulillah.... Even though I present dengan suara yang serak-serak basah and sexy but I managed to handle it very well especially during Q&A session.

Tipulah if I tak berdebar. Kalau present dalam Malay I think I enjoy jer. Tapi, nak meluahkan idea dalam bahasa kedua which is not our mother tongue language, it's very difficult for me. If kat Malaysia, kalau I can't explain it in English mesti tersasul 2,3 words in Malay masih acceptable and boleh difahami. Tetapi di sini, menjadi satu-satunya melayu tunggal dalam my research group sudah tentu ia mustahil. Mati kutu macam mana pun you still have to explain it in English. Hehehe...Tak kiralah if you have to draw or do some actions ker so that your audience yang prof and Dr itu akan faham... But I'm glad, it doesn't happen that way. So, now I just have to prepare myself for the real proposal defense which will be in next month, insyaAllah...

Few days tak blog memang sangat rindu. Terasa kusam aje hidup! Sebab tu terus tukar background blog. Heheh... Kasi nampak happening and ceria. Lagi pun sekarang kan musim spring. I love spring cuma I tak suka weather kat sini yang kadang-kadang terlampau extreme especially bila nak bertukar musim. Mostly orang melayu kat sini mesti demam, batuk, selsema dan seangkatan dengannya. Haishhh.... Kalau kat Malaysia sakit sikit jumpa doktor boleh dapat ubat and antibiotik. But here it's totally different. Nak jumpa doktor harus buat appointment. Kalau setakat demam and batuk biasa tak payah jumpa lah. Sebab doktor-doktor ni hanya akan advice kita suruh rest, drink a lot of water, bla..bla...bla... Antibiotik? Nope! Unless, dah 3,4,5 orang doktor you dah jumpa. And semua ubat harus lah dibeli sendiri kat farmasi!. Tapi, jumpa doktor dan consultation dia yang 'kita pun tahu sendiri' tetap harus dibayar! Dan orang macam aku yang penakut nak jumpa doktor ni sejak dari duduk Malaysia sampai ke sini semakinlah tak mahu jumpa doktor. So, berdoa sajalah dengan harapan tidak ada apa-apa sakit yang serius. Kalau setakat sakit-sakit biasa memang saya bertahan and rawat sendiri.

Untuk kawan-kawan yang species penakut jumpa doktor macam saya atau pun tersangatlah sibuk sampai tak ada masa boleh lah cuba kaedah rawatan ini. Kalau badan anda tetiba rasa lenguh terutama di kawasan sendi, pening kepala, lemah tubuh atau panas badan itu mungkin petanda nak demam. Biasanya aku suruh partner pegang tapak kaki. Kalau tapak kaki sejuk confirm demam. Untuk orang demam biasanya doktor advice to drink plenty of water. Aku memang jarang ambil panadol or paracetamol. Mungkin sebab dari dulu tak suka makan ubat juga takut nak telan ubat. Haha. Sebab setiap kali percubaan nak telan selalunya ubat tak lepas kerongkong lalu tersembur keluar atau paling sopan pun air dalam mulut habis ditelan tetapi tinggallah ubat yang mulanya tak ada rasa akhirnya menjadi pahit yang amat! [Ini sejarah kenapa aku tak suka makan ubat!]. Lagipun kajian menunjukkan ubat-ubat ini yang sememangnya dadah ini sebenarnya tidaklah elok untuk kesihatan masa panjang. And aku sendiri tak mahu hidup bergantung dengan ubat. Pening sedikit panadol. Sakit datang bulan panadol. Nanti kalau aku betul-betul sakit tentu aku perlukan dos yang lebih tinggi dari biasa sebab badan aku dah lali dengan panadol. Itu pendapat aku saja. Aku bukan doktor!

Berbalik pada rawatan sakit, sebenarnya aku kembali kepada sunnah Nabi SAW. Di mana baginda Nabi SAW mengamalkan madu dan habatus sauda. Ini memang baik untuk kesihatan. Dulu zaman study degree and master aku sering juga mengamalkan. Lepas tu stop sebab kawan yang tukang edar dah pulang ke kampung. Memang dulu jarang-jarang sakit. Demam setahun sekali pun payah. Kalau demam tu biasa sehari. Mungkin sebab banyak dosa. Sakit itu kan penghapus dosa kecil! Heh So sekarang aku nak start balik. Lagipun madu kat sini murah! Cuma stok habatus sauda tak tau mana nak dapat.

Alhamdulillah dengan izinNya, batuk aku dah semakin berkurangan. Suara dah semakin tinggi volume tapi tahap kemerduan tidak pasti. Hehe... Selain itu untuk mengelakkan partner dari terjangkit aku guna Glen 20 spray disinfectant. Bagus penyembur ni buat mati kuman dalam udara. Yelah aku asyik bersin dan batuk saja. Melepaskan bakteria ke udara. Jadi, potensi untuk menjangkitkan individu lain yang tinggal serumah adalah tinggi. Lebih-lebih lagi teman sebilik, sekatil dan sebantal! Ooppss...

Sebenarnya banyak khasiat madu dan habatus sauda ni. Kalau tak masakan tertulis dalam Al-Quran! Cuma tak dapat aku nak jelaskan semua pada hari ini sebabnya rasa macam dah terlebih membebel pula. Hehe... Walhal kerja aku bertimbun tu nak kena siapkan. Al maklumlah dah berapa hari off. Oklah bunyi penulisan aku ni pun dah lain macam dah. I better stop now. Free nanti aku nak tulis lagi. There're lot of things in my mind now and I can't wait to express it all!
3 Responses
  1. CaDLyNN Says:

    Speedy recover ye! oh..kene amalkan madu n habatus sauda jugakla cmni...akak lin dah lame suh amek..tp lin degil :p

  2. Chekgu Azrine Says:

    Get well soon dear..pttla dh lama xupdate blog..tahniah on ur pre-viva...hehe...

  3. Zainur Says:

    Cad, terima kasih. Alhamdulillah dah beransur sembuh...

    Chekgu, thanx...itula sakit dan sibuk dan malas...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs