Melbourne again Part 2

As I promised, ini kesinambungan untuk entry yang lepas. Tapi, sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih pada Asna, Chekgu Azrinie, Hanis, Aidalela dan cadlyn sebab uols memang supporting and rock! At least, I know ada jugalah insan-insan yang sudi singgah and jenguk blog picisan macam I ni. Hihihi... Thanks girls! At first I bercadang nak buat entry ber'password' tapi I takut dua tiga tahun nanti I sendiri lupa password tuh. Tak pasal-pasal anak cucu I nanti tak dapat baca. Ahaks! *jauh benar memikir*

Anyway...

Hari pertama, 23 Dis 2011

Kami tiba di Melbourne sekitar jam 12.30 pm lalu terus ke rumah member yang terletak berdekatan dengan Monash University. Sampai-sampai tu mestilah penat dan lapar kan. Jadi kami makan-makan sambil bersembang dengan tuan rumah sebelum masuk berehat. Bila dah segar bugar kami ke town beramai-ramai menaiki train dan tram. Kami beli return tiket untuk tempoh 2 jam berjalan dengan harga 3.80 dolar. Oleh kerana, waktu sudah melepasi jam 6 pm maka tiket tersebut boleh digunakan juga untuk menaiki mana-mana tram, bas dan train sekitar zon 1 tanpa ada had masa. Best la juga sebab jimat di situ.

Kedatangan kami disambut oleh ratusan manusia yang lain. Gila sesak bandar Melbourne ni. Mungkin juga ramai yang nak celebrate krismas kat bandar besar ni. Kalau masa first time datang dulu pun aku dah rasa serabut, kali ni triple serabut okeh! Nak berjalan pun susah. Sebab tu aku tak pernah suka tinggal kat bandar-bandar besar macam ni termasuklah KL walaupun aku sendiri dibesarkan di sana tapi aku rasa jiwa aku lebih kepada kekampungan. Patutlah jodoh dan takdir ku selalu di bandar-bandar kecil macam Gong Badak, Pengkalan Chepa dan Gong. Kesemuanya jauh dari kota dan berhampiran pantai. Such a lovely place! *oppps melalut sikit*




Petang tu memang rasa rimas dan sedikit bosan lah. First, sebab aku dah habis pusing area bandar ni baru beberapa minggu yang lalu. Kawan pula ajak jalan sini. Tapi, takpalah nak pergi jauh-jauh pun dah lewat kan. Mujur juga lah dia bawa ke restoren Esperedo yang ada masakan ikan keli. So, sekali lagi kami melepaskan hajat makan ikan keli. Tapi, aku rasa ikan keli kat Blog M lagi mengancam dan enak kot. Al-maklumlah ikan keli frozen mana nak sama dengan ikan keli fresh kan? Rindunya nak makan ikan keli!!!!

Again jalan-jalan area town yang sesak. Kali ni memang bergemerlapan lah bandar tu, sebab lusa dah krismas. Ramai yang buat last minute shopping. Untuk part ni aku malas nak tempek gambar sebab dalam entry sebelum ni dah banyak gambar sekitar town area. Jam 10 pm kami pun bertolak balik rumah. Aku dengan habibi terus tidur berkongsi katil size single! Rasa bertambah mesra gitu. Kih kih kih! Itu pun mujur ada orang nak kasi bilik!


Hari Kedua, 24 Disember 2011

Hari ini shopping complex masih buka lagi. In fact, dari malam tadi tak tutup. Dahsyat kan? Tapi, tidaklah kami bershopping sebab kami aim untuk membeli belah sampai poket terbelah pada hari boxing which is the day after christmas. So, pada hari ini kami aim untuk berjalan-jalan di luar CBD area sebabnya kebanyakan tempat-tempat menarik masih dibuka dan hanya akan tutup on Christmas day sahaja.

Destinasi pertama adalah ke Puffing Billy yang terletak di Old Monbulk Rd, Belgrave, Victoria. Puffing Billy ni actually merujuk kepada keretapi stim lama. Kat sini anda boleh menaiki keretapi stim ni bermula dari Belgrave ni hinggalah ke Gembrook sambil menikmati panorama alam yang menyegarkan. Agak interesting juga di situ tapi belanjanya pun agak lumayan juga! Memang pada awalnya kami nak naik tapi memandangkan kos dan masa perjalanannya yang lama iaitu 2 jam pergi dan balik maka terpaksalah dibatalkan saja niat murni itu. Haha. Tapi, yang bestnya tanpa tiket kami dengan secara tak sengaja telah masuk ke taman tema tersebut sekaligus bergambar sakan sebelum datang pak guard minta tiket. Muahaha- Tak pe, yang penting sempat bergambar dengan keretapi lama. Hiks!



Beginilah rupanya keretapi stim tersebut yang saya copy dari laman web ini. Untuk sebarang maklumat lanjut tentang tempat, waktu operasi, harga dan special event boleh anda merujuk laman web yang diberikan. I tolong promote aje! Tapi, seriously kalau betul-betul nak naik bawa bekal banyak-banyak ala-ala picnic itu sebab masa perjalanan lama. Jadi boleh makan-makan sambil menghirup udara segar walaupun atas keretapi tu ada restoren tapi sah-sah lah mahal kan? Plus, bukan semua benda halal untuk dimakan dan diminum. Heh!

Kat bawah ni pula beberapa keping gambar yang sempat kami ambil sewaktu pencerobohan yang tidak disengajakan itu. Kira rezeki jugalah ni. Hehehe.... Layan~




Oh ya, masih ingat lagi gambar ini?


Tunggu cerita saya di entry selanjutnya! *Kasi suspen sikit ala-ala drama Tentang Dhia. Haha*
4 Responses
  1. CaDLyNN Says:

    nak lagi...wah..bestnye berjalan kt tmpt org...gambar last tu cantiklah...retro abes! :)

  2. Chekgu Azrine Says:

    lagi satu entry jeles!!huahua

  3. mia-ina Says:

    salam zainur...mia br lps cuti sebulan dgn suami..sori br dpt singgah melihat dunia maya...

    klu mia msk maya...selalu mia jenguk ur new entry....ukhuwah kte tetap kekal

    seronok kan sesekali lawat negera org tp tempat asal lg dikenang kan...like ur said nk makan ikan keli asli..hehe

    menantiikan next ur entry

    save my new blog k :-

    http://adin-mia.blogspot.com/

  4. Hasnah Says:

    comelnya laaaaa akak nie ;)) suke betul tgk!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs