Melbourne again!

Masih ingat lagi entry tentang Melbourne trip tu? When I mention that I will come back to Melbourne again I didn't expect to come back so soon. Seriously, tak pernah pun terfikir. Paling cepat pun next year lah kan. Tapi, tak sampai sebulan I secara tak sengaja menjejakkan kaki ke Melbourne lagi. Cuma bezanya kali ni kami memandu ke sana and we went there with friends. Kira 2 couples lah!

Al kisahnya, pada hari Khamis lepas, a few days before Christmas my habibi called me from work. Tanya nak pergi Melbourne tak? I was like, "What? Melbourne? Again? Tonight??!!" Kalau ikut malas juga nak pergi sebabnya baru sangat kot pergi. Kedua, tengah hari tu tanya, malam tu juga nak bertolak. Mana nak packing barang lagi, nak mengemas rumah dan bagai. Yerlah tak kan nak tinggal rumah macam tu aje. Paling tidak periuk belanga kena cuci dan sampah kena buang. Takut-takut nanti balik rumah busuk dengan makanan basi dan bau sampah kan. Lagi yang buat I malas, baju sebakul tak cuci. Kalau baju I aje tak per ni baju kerja Habibi. Dah la dari minggu lepas lagi hujan je memanjang. I memang cepat panic bila last minute plan ni. Tambah, I kan dah ada perancangan yang biasa-biasa dan relax-relax aje untuk cuti Krismas ni. So, last-last I serahkan pada habibi untuk buat keputusan...

Keputusannya pergilah kan. Sebab kesian kat member. Kalau kami tak pergi maybe depa tak pergi, sebabnya nak sewa kereta. Kalau pergi 2 couples boleh lah share duit sewa and minyak. So, pergi jugalah. Lagipun habibi cuti lama. Bukan senang nak dapat cuti berderet-deret. So, petang tu balik rumah kelam kabut lah packing, kemas-kemas rumah dan dapur. Cuma laundry aje tak sempat buat. Nasib ada satu lagi seluar kerja spare. Susah-susah beli kat Melbourne aje nanti. Begitulah al kisahnya bagaimana saya dan habibi ke sana lagi.

FYI, driving ke Melbourne takes approximately 10 hours of non-stop driving. Di sebabkan berhenti rehat dan solat maka total hours perjalanan adalah 13 hours! Lemau gila duduk dalam kereta. Bayangkan bertolak jam 11.30 malam dan 12.30 tengah hari esoknya baru sampai! I kesian kat habibi je. Yerlah dia penat balik kerja without rest dan terus drive ke sana. Walaupun bergilir dengan member tapi still habibi tak tidur juga sebab teman member drive. Takut sunyi kang ngantuk pula. Apa pun alhamdulillah we all selamat pergi dan selamat sudah kembali ke rumah. And walaupun baru je ke sana I still puas hati juga sebab this time around we all cover area di luar Melbourne city. Last time, dah ronda habis satu town kan. Kalau masuk town area lagi tentulah tak berbaloi bagi kami yang baru sangat pergi.

So percutian kali ni adalah 4 hari 3 malam. Alhamdulillah, sebab member ada kenalan kat sana jadi tumpang rumah student Malaysia juga. So, jimat kos tempat tinggal. Dan best jugalah bila dapat ber'boxing' di bandar besar seperti Melbourne.

Oklah, untuk cerita yan lebih detail nantikan saja update yang seterusnya okeh?
5 Responses
  1. Chekgu Azrine Says:

    Bestnya..even penat tp dpt jejak kaki ke melbourbe erk..tu pun for the 2nd time..lucky u sis!!

  2. Hasnah Says:

    Noe yg xsabar tgu tahun depan nie! Nk g melbr gakkkk!

  3. Aida Lela Says:

    ok

    *menyahut untuk nantikan next entry :)

  4. CaDLyNN Says:

    bestnye....bilelah lin dpt jejak kaki kat sane lak..

  5. Zainur Says:

    Chekgu, dah kebetulan dekat OZ ni jd ambilkesempatan. Kalau kat Malaysia mungkin tak sampai kaki ni...huhu...sedangkan kat Msia sendiri pun tak pernah berjalan...hehe

    Asna, pergi jgn tak pergi :)


    Aida, thanx for being supportive ;)


    Cadlynn, insyaAllah ada rezekimu pula nanti...ameen :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs