Bila hubby sms dr ofis....

Lucu rasanya bila suatu hari menerima sms dari habibi. Dulu masa bertunang dia rajin sms waktu-waktu time rehat tanya khabar, sudah makan atau belum atau menyatakan nada-nada kerinduan. Tapi, setelah bernikah rasanya jarang atau tidak pernah lagi menghantar sms especially jika hari bekerja dan time bekerja atau di tempat kerja. Segala kerinduan dan kecintaan dicurahkan secara 'live' bila bertemu di rumah. Hanya perkara yang penting saja, baru akan sms misalnya, "abang dekat wollies, nak pesan apa-apa tak?".

Tapi, bila habibi hantar sms pada suatu hari, saya jadi suka, lucu dan terharu. Hehehe... Bukan sms nada cinta pun atau pun rindu tapi.....

"Salam, kuih tart semalam kalau ada lagi simpan ok...sedap...abang suka...huhu....."

Maka, sebab itulah saya jarang berblogging akhir ni. Sibuk sangat mem'baking' di dapur. Selama saya hidup, belum pernah lagi masak beria. Bila datang Ausie ni lah saya betul-betul masak dan membuat aneka kuih dan kek. Kalau di Malaysia, tunjuk sana, tunjuk sini aje. Secara tak langsung saya rasa ada perubahan sedikit lah dalam skill memasak. Hehe... Dari tak pandai now pelan-pelan sudah tahu serba serbi. Alhamdulillah, ada baiknya juga Allah beri saya peluang sambung belajar di luar negara. Selain dari, mendalamkan ilmu dalam bidang kejuruteraan alam sekitar, saya juga turut belajar banyak perkara lain. Thank you Allah.

Berikut adalah hasil saya sejak kebelakangan ini. Rupa tak cantik tapi rasa sedap. InsyaAllah from time to time akan improve lagi. Nanti balik Malaysia, I boleh buka business bakery. Amacam okay tak? hehe....

Layan~


Actually ada lagi yang I buat iaitu apple cake and banana cake. Tapi, tak ambil gambar pula. Apple cake tu memang sedap. Rasanya macam nak buat lagi. Tapi banana cake tu kurang kick. I got the recipe from my friend. I think sebab I meassure flour dengan sukatan cup yang betul walhal dia punya cup merujuk kepada cawan kopi. Jadi keras lah sedikit. Will try again later. InsyaAllah. Untuk blueberry cheese tu dah 3 kali buat. Yang gambar kat atas tu masa first time buat. Pastry dia nampak macam tebal sedikit. Tapi, sekarang I dah boleh agak berapa banyak doh untuk tempek dalam satu acuan and I even have tried to do it in smaller size which is cute and yummy.

Apa pun, yang penting diri sendiri. I think everyone can cooks cuma antara mahu atau tidak saja. Kalau saya yang tak pandai masak ni boleh buat tentu uols yang expert kat luar sana ni jauh lebih pandai kan? Tapi, sokongan dari suami juga penting. Kerana itu yang akan buat kita nak masak lagi dan lagi. Kalau I masak husband tak makan or tak suka, mestilah I tak nak masak lagi kan? hehe... So para suami semua jom bagi sokongan pada isteri-isteri anda. Nanti perut anda juga yang kenyang!
2 Responses
  1. CaDLyNN Says:

    wah..bolehla share recipe kt sini pulak..nnti lin boleh cube jugak..

    err..hehe.lin kategori tak pandai masak dan tgh blaja nk masak..betullah..kalau ade sokongan dan org tukang makan..mmg bersemangatla nak masak dan rajin cube new recipe :)

  2. Aida Lela Says:

    nampak macam boleh tahan cerewet nak membuatnya. ini dah dikire berjaya ;)

    *juri awam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs