Drama & novel

Lately I've been watching lots of Malay movies and dramas. Boleh dikatakan agak up to date juga dengan drama-drama yang tengah hot sekarang. Thanks to kak TCC yang introduce special link tu kat saya. Memang enjoy la juga. Al maklumlah kat negara kangroo ni mana ada siaran tv melayu. Kadang-kadang rindu juga nak tengok drama-drama melayu. Actully I'm not a big fan of drama melayu pun. Boleh hitung dengan jari la drama-drama melayu yang aku layan. Yang paling ku ingat Nur Kasih dan Adamaya. Itu memang betul-betul ikut dan tak 'miss'. Yang lain tak. Malas nak layan sebab meleret-leret plus takut jadi addicted. Biasalah once dah tengok mesti nak terus tengok kesinambungannya kan?

Sekarang pun boleh dikatakan sudah addicted juga. Haishh... Start dari Tentang Dhia (pasal sihir dan mati aje) dah terbawa-bawa sampai ke Ombak rindu (tak best langsung), Gemersik Kalbu dan Bicara Hati. Ombak rindu tu aku layan sebab dulu pernah baca novel dia. Same goes to Gemersik Kalbu dan Bicara Hati. Okay, fine aku memang kaki novel dulu. Kat rumah mak berlambak-lambak novel dari zaman kecil, remaja hinggalah ke dewasa. Boleh buka library. Nak buang sayang. Nak jual pun sayang. Nak bagi kat orang lagilah sayang. Dulu sebelum berangkat ke Aussie aku nak angkut beberapa novel kesayangan aku. Tapi beg dah over loaded. Hanya sebuah novel aje aku bawa. Haish...rindu betul nak baca novel melayu especially dari Jemariseni. Kat Australia ni memang confirm tak ada jual novel melayu tapi still aku collect novel-novel omputih dari favourite writer aku. Uiihh kalau nak cerita pasal novel memang boleh buat satu entry khusus!

Berbalik kepada drama melayu tadi, aku rasa trend sekarang adalah mengangkat karya novel menjadi drama atau filem which is good juga sebab menggalakkan orang untuk membeli novelnya pula. Memang bersepah-sepah novel kat Malaysia. Dulu aku fan club Alaf 21. Karya dari penulis-penulis macam Aisya Sofea, Aleya Anessa, Anis Ayuni, Damya Hanna, Bikash Nur Idris dan ramai lagi memang dah jadi koleksi dan santapan aku. Aku start terjebak dengan novel melayu ni pada zaman Uni dulu. Kata orang masa ada taman dalam hati. Haha- Tapi, dah lama-lama semakin muak la pula sebab nampak macam stereotype aje. Bunga-bunga bahasa aje berbeza tapi jalannya hampir sama buat aku mudah jemu. Memang boleh agak ending macam mana. Lagi satu, watak hero dan heroin mesti terlebih cantik, ayu, hensem, kaya, pandai atau almost perfect lah which is in reality is so not true kan?

Dan entah macam mana aku boleh beralih arah ke novel-novel Islamik. First novel yang aku sangkut mestilah dari penulis tersohor iaitu saudara Habiburrahman El-Shirazy dengan novelnya Ayat-ayat Cinta. Lepas aku berkenalan dengan watak Fahri, memang pintu hatiku tertutup untuk lelaki-lelaki biasa. Hikhikhik- Hebat betul si Fahri tu. Masa tu novel tu tak la popular mana. Beberapa tahun selepas tu baru menjadi sebutan malah novel tersebut diangkat menjadi filem. Tapi, still filemnya tidak sebagus novelnya. Sungguh berbeda! Apa pun bermula saat itu, aku jadi fan club habiburrahman pula. Semua novelnya ku beli dan baca- Ketika Cinta Bertasbih, Pudarnya Pesona Cleopatra, Dalam Mihrab Cinta dan Di Atas Sejadah Cinta. Memang cukup pengajaran, malah penjiwaannya juga menjadi terbuai-buai begitu. Ada sesetengah novel yang dikirm langsung dari Indonesia. Tatkala itu masih belum ada pasaran di Malaysia dan akulah yang menjadi orang-orang pertama yang membacanya. Memang seronok! Susah juga nak cari penulis melayu sebegitu.

Sejak tu lah aku dah kurang layan novel Alaf 21. Sehinggalah satu masa aku membaca karya Noor Suraya- Nyanyian Tanjung Sepi yang cukup menyentuh jiwa. Walaupun ada bau-bau cinta tapi semuanya diadun dengan baik pada batas-batas tertentu yang tidak keterlaluan. Usaha Kak Su mewujudkan JemariSeni dan mengumpul penulis muda berbakat juga satu usaha yang bagus. Kalau diperhatikan novel-novel keluaran Jemai Seni ni tajuk-tajuknya sangat unik dan catchy. Tiada perkataan rindu, cinta dan kasih. Bagus kan? Kalau aku nak beli pun tak adalah segan sangat. Masa beli novel Alaf 21 dulu, jangan kata tajuk novelnya, ilustrasi kulit buku saja sudah cukup menggambarkan keseluruhan ceritanya. Dulu nak beli sorok-sorok aje. Malu kat mak. Kalau mak tahu pun marah. Katanya asyik baca novel cinta aje! Haha-

Adoi!

Entry ni suppose cerita pasal drama melayu tapi tang macam mana pun mesti juga terbelok dekat bab-bab novel. Haisshh...

Anyway, kenapa drama-drama melayu sekarang asyik sad ending aje macam Tentang Dhia, Suria Di Cordoba, Bunga April etc. Memang trend yer? Sakit hati aje tengok. Kita ingat nak release tension tapi makin tension jadinya. Haha- Nasib baiklah Gemersik Kalbu dan Bicara Hati tuh dah tau ending dia. Walaupun semuanya bermula dari kahwin paksa dan kemudian jatuh cinta! Kan saya dah kata semuanya stereotype aje..

Oh ya, sebelum terlupa Dingin Lavenda macam okay juga. Banyak unsur islamik tapi tak 100% saya setuju tapi lebih baik dari yang kebanyakan lah. Apa yang buat saya suka sebab latar belakang pengambaran ni kat Melbourne. Al maklumlah, memori kat Melbourne masih segar lagi diingatan. Walaupun tak banyak beautiful scene yang ditonjolkan lagi setakat ni. Cuma rasa kelakar pula bila mat saleh cakap melayu. Sedangkan aku kat sini nak terbelit lidah speaking dengan depa. Haha-

Okaylah, enough for now. Memang dah terlebih panjang entry ni.
3 Responses
  1. CaDLyNN Says:

    mmg susah nk tinggal kalau dah start follow drama melayu..lagi2 waktu siaran die tak sesuai..7-8pm..huhu..mmg lmbt solat maghrib..huaaaaaaaa..so far terlayan gemersik kalbu..yg len mls :p

  2. Chekgu Azrine Says:

    akak pun hantu novel jugak sis.. hehehe.. skang je dah tak membeli novel2 baru..

  3. kueh bakar Says:

    buku kcb-kalau la aku suami anatafusfus..apatah nama...mau jerk ku rogol bini ku tang tu juga...

    ana tidak berterima kasih..meminta maaf pun tidak selepas tu..

    bila isteri menggoda utuk 'malam pertama', yang terlalu hebat je yang mampu bertahan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs