Rintihan sekeping hati...

As Salam...

Sedar tak sedar...dah hampir seminggu bercuti...
Best memang best...
Buat pertama kali tak rasa bersalah bangun sedikit lewat...heh!
Juga tak bersalah menonton dvd non stop...heh!
Sehingga lah 2 hari selepas itu.. mendapat khabar buruk...terburuk sepanjang tahun ini! *sigh*

Ingatkan bila tiba-tiba kerajaan lupa bayar yuran pengajian semester ni, itulah perkara terburuk yang berlaku sepanjang tahun....
Apa taknya.... tiba-tiba Uni beri notis your enrollment status was withdrawn! Whatdehack kan?
Rupanya tidak!
Ada lagi buruk dan menyedihkan serta menyentap sedikit ketenangan...

Kereta myvi kat Malaysia kena curi.
Terkedu tak terkata...
Mula-mula memang tak berapa nak sedih bila mak beritahu.
Mungkin sebab dah 2 tahun kot tak tengok apatah lagi drive.
Walaupun bulan-bulan bayar duit kereta tu macam biasa.
Kereta yang terlalu banyak kenangan suka dan duka.
Kereta yang aku bayar dengan duit gaji sendiri.
Senang-senang aje pencuri laknat tu curi.
Terkilan juga bila tag pekerja pun ada dalam tu siap dengan gambar muka aku sekali.
Risau kalau ada apa-apa maklumat pengenalan diri aku yang lain yang ada dalam kereta tu juga.
Risau kat keselamatan keluarga.

Ya, syukur juga sebab sewaktu kejadian tak ada family member dalam kereta.
Lebih baik dicuri senyap-senyap daripada dirampas depan mata.
Mungkin itu lebih trauma.
Yang berlaku ni pun dah cukup trauma.
Siapa kata Malaysia negara selamat, aman dan damai?
Apa fungsi polis pun aku tak tahu.
Hanya sekadar buat rekod tapi tak pernah pun kes selesai!

Setakat ni aku mampu hadapi lagi...
Entahlah....
Pura-pura macam biasa...
Macam kereta hilang di depan mata...
dengan harapan bila balik Malaysia everything will be back as usual...
Tapi itu hanya fantasi aku sedangkan realitinya hal ni pasti akan memburu emosi aku semula...
Cuma bukan sekarang...

Rasa macam putus semangat sebentar...
Memang celaka betul kamu wahai pencuri...

Hari ni kamu wahai si celaka boleh berbangga dengan kejayaan kamu menipu dan mencuri di atas dunia
Tapi, kamu di akhirat nanti akan mendapat kecelakaan besar atas semua dosa dan kejahatan yang kamu lakukan...Ketika itu tiada lagi sesalan...

Aku redha dengan apa yang berlaku...
Sebab aku tahu ini ujian Allah buat aku...
Peringatan dari Dia kepada aku...mungkin atas kelalaian aku sendiri...
Aku redha...

Cuma aku tak pasti apakah kala ini aku dapat maaf kan kamu...
Aku cuma berharap setiap kali aku teringat perbuatan kamu yang celaka ni, kamu juga akan terkenang dosa kamu dan kembali bertaubat kepadaNya...
Mudah-mudahan dengan bertaubatnya kamu maka Allah akan melembutkan hatiku untuk memaafi kamu!


2 Responses
  1. Chekgu Azrine Says:

    Sory to know that sis..semoga sis dpt bersabar dan bertenang ye..dugaan utk sis..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs