Jom mengenali Australia! (Part 1)

Hip hip!
Hoorayy!!

Hip hip!
Hoorayy!!

Begitulah gambaran riang setiap kali dapat update blog! Bahahaha.... *silly me* >__<

Okay, hari ni aku nak bercerita pasal Australia. Rasanya belum pernah lagi bercerita panjang pasal Australia walaupun dah beberapa tahun menetap di sini. Peta Australia pun macam tak pernah tunjuk kot? Kata orang berilmu, apalah guna kalau kita berjalan atau melancong ke negara orang kalau kita tidak mengambil tahu atau belajar tentang budaya, bahasa dan orang tempatan.  Seolah-olah pergi melancong tu hanya sekadar untuk upload foto banyak-banyak untuk tatapan orang lain atau sekadar bermegah-megahan kerana ada wang yang banyak untuk melancong! Nauzubillah! Semoga Allah jauhkan aku dari sifat atau rasa begitu! Walaupun sebenarnya aku lebih kepada bermastautin dari melancong, tapi tidak terkecuali juga untuk mengenal negara orang. Malah, seharusnya jadi lebih kenal begitu!Jadi hari ni aku nak share lah sedikit sebanyak tentang Australia mengikut pengetahuan am aku, juga dari pengalaman, perbualan dengan penduduk tempatan dan pemerhatian dari kaca mata sendiri dan juga orang lain. Heh!

MasyaaAllah, Aussie ni besar betul! Tak percaya tengok peta di bawah! Patutnya Australia ni sebahagian daripada negara Asia la kan sebab terletak di lingkaran Asia dan benua Asia. Tapi biasalah, sebab mereka tu kulit putih dan kebaratan, jadi mereka tak mahu tergolong pun dalam masyarakat Asia. Jadi, wujudlah Benua Australia! Bahaha..... Ada aku kisah! -__-" Walaupun aku suka dengan Aussie dan sesetengah budaya mereka yang boleh dijadikan tauladan, tapi aku tetap bangga menjadi orang timur! Walaubagaimana pun, semestinya aku lebih bangga menjadi Muslim. Kerana Islam itu sebaik-baik agama yang membentuk sebaik-baik budi pekerti!  Kan?



Anyway, Australia dikenali juga sebagai Aussie oleh masyarakat sini atau biasanya ditulis sebagai Oz. Ada juga dipanggil negara down under sebab terletak paling bawah. Tapi, orang NZ, marah kalau cakap Aussie down under sebab menurut NZ people, depa lebih down under dari Oz! Bahahaha.... pun aku tak kisah! -_-"

So, Oz ni boleh dibahagi kepada 7 bahagian seperti gambarajah di atas ya. Macam negeri lah atau panggil state. NSW, Qld, Vic, SA, NT, WA dan Tassie. Ramai orang tersalah anggap bahawa Sydney tu sebagai ibu negara Oz. Dulu pun aku ingat gitu gak sebab yerla mercu tanda Oz macam Opera house dan Sydney bridge tu kan letaknya di Sydney. Suatu tika dulu rasanya pusat pemerintahan terletak kat Sydney, NSW. Tapi, orang Melbourne, Vic yang juga mempunyai populasi penduduk yang banyak pun nak jadi ibu negara Oz juga. So, daripada mereka berperang sesama sendiri, kerajaan Oz memutuskan Canberra sebagai ibu negara Oz atau Australian Capital Territory namanya yang terletak tengah-tengah antara Sydney dan Melbourne!

Aku pernah sekali pi Canberra. Bandarnya mirip kepada Putrajaya. Kawasan yang senyap sunyi especially bila bukan hari bekerja. Dan bagi aku less interesting compare to Sydney or Melbourne. Walaupun tak sibuk dan se'havoc' bandar Sydney dan Melbourne tapi aku suka scenery kat sana terutamanya pada musim luruh ni. Serious cantik! Malah pesta bunga tulip pun saban tahun dibuat di sana. Kalau dari Sydney lebih kurang 3 jam lebih perjalanan dengan kereta!

Dulu mak aku selalu cerita yang Australia ni sebenarnya negara tempat pembuangan para pesalah criminal Britain. Aku ingat mak aku acah aje sebab maklumlah Oz ni kan terpisah jauh dari negara mat saleh lain. Tapi, memang betul pun! Salah seorang dari penjenayah tersebut adalah Mary Reibey seperti yang tertera di matawang AUD20! Beliau dulu asalnya seorang banduan Britain yang dibawa ke Oz. Tapi, kemudiannya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Tu yang terpampang muka dia kat matawang kertas $20 dolar! See, orang yang pernah buat salah pun boleh berubah menjadi lebih baik. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing untuk melakukan perubahan itu! Kalau nak tahu cerita lebih lanjut, boleh la korang google sendiri... tehehehe....



Tapi, sebelum kedatangan orang British ni, tanah Oz ni sudah lama didiami oleh orang asli sini atau depa panggil aboriginal dari pelbagai suku kaum. Banyak yang kena bunuh sebab orang kulit putih ni kan suka menjajah dan kaut hasil bumi orang. Lagi-lagi bila dapat tau kat Oz ada emas walau emasnya tak lah semutu emas kita. Pun begitu, orang Islam juga sering dilabel sebagai pengganas kan? Walhal orang putih tu dah lama mengganas pada penduduk Afrika, kaum Red Indian dan pencetus pelbagai peperangan di bumi ni and yet they still claim us as big T! -____-" bulls**t!

*Emo sekejap!*

Oleh kerana Oz ni merupakan negara asal buangan banduan Britain dan Europe, maka sedikit sebanyak dipengaruhi dengan budaya orang Britain juga. Dan seperti mana warga Britain yang menyanjung pada Queen Elizabeth (bantai eja je ni), orang Oz pun sama! Malah, bila kerabat di raja England datang sini riuh orang Oz berkumpul! Walau pun Oz berdiri di atas namanya sendiri, tapi aku rasa masih ada ikatan 'tak rasmi' dengan England. Seolah-olah negara kedua England pula. Pada bendera Oz sendiri pun masih ada bendera kecil Britain (Union Jack)!



Kalau dari sudut geografi, empat musim kat Oz ni tak sama dengan dekat Europe. Senang cerita bertentangan. Sekarang sini penghujung musim luruh maka di Europe sana pasti musim bunga. Lepas ni Europe summer, maka di Oz akan winter. Dulu masa sekolah punya susah nak ingat. Sepatutnya kita dibawa melancong baru senang nak faham geografi dan sejarah negara lain. Kan orang selalu kata, guru terbaik adalah pengalaman. Tak perlu hafal pun, janji ada pengalaman ingatan dan pengetahuan itu pasti bercambah! Sama lah juga masa sekolah dulu, selalu konpius monsun timur laut di Malaysia ni bulan berapa ke bulan berapa, sekali bila dah lama menetap di Pantai Timur sendiri boleh tau! Again, pengalaman juga guru terbaik!

Sebelum aku berhenti menaip, aku nak sentuh sedikit pasal budaya orang Oz. Yerla rasa macam dah panjang aje tulis tapi isi masih kurang sebab melalutnya banyak! Oleh kerana mereka ni tergolong dalam negara maju, jadi dari segi taraf kesihatan semua bagus. Usia warga tua dia pun ramai yang mencecah ke 100 dan ke atas. Kalau umur 80 ke 90 tahun tu masih tetap aktif. Ada yang siap buat kerja amal lagi macam jadi volunteer untuk macam-macam event. Memang respect betul! Ramai juga warga emas yang aku geng, jadi banyak berkongsi cerita. Mereka ni memang baik-baik dan mesra jika dibandingkan dengan muda mudi Oz. Heh! 

Salah seorang warga tua yang rapat dengan aku. Nama dia Kel. Baik sangat!


Mungkin sebab budaya depa yang menitik beratkan soal kesihatan dan pemakanan. Kalau pegi farmasi, memang penuh dengan pelbagai vitamin dan barangan kesihatan. Dan awal pagi lagi sudah keluar bersenam dan berlari. Kadang-kadang rasa malu juga bila tengok orang tua lebih gagah dari aku terutama dari sudut stamina malah aktif ke sana ke mari! Kalau warga emas kita, umur 60 dah mula slow down dan biasanya lebih suka duduk di rumah dan agak pasif. Jadi, aku fikir ada sesuatu yang baik yang aku boleh jadikan iktibar. Pertama, tak perlu tunggu usia tua baru nak buat kerja amal. Kedua, menjaga kesihatan itu penting sebab dengan tubuh yang sihat kita masih boleh aktif dan berbakti pada insan yang lain dan bukannya mengharap simpati.

Hurmm...sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsi. Tapi, kalau terus menaip macam lah tak ada kerja lain pula kan? So, insyaaAllah ada masa mendatang akan aku kongsikan lagi! Walaupun mungkin korang tak pernah jejak sini tapi sekurang-kurangnya korang boleh cedok sesuatu yang bermanfaat la juga. kan? kan?


P/s: Maaflah kalau entry aku kali ni membosankan! Heh! Maybe aku patut buat quiz. Siapa jawab betul, dapat cendrahati dari sini, amacam? good idea? No?!

Pss: Jangan terima aje maklumat aku tulis ni bulat-bulat terutama untuk assignment. Sila cari rujukan yang lebih sahih dan tepat! ^^,V



3 Responses
  1. Farhan_7 Says:
    This comment has been removed by the author.
  2. Farhan_7 Says:

    Salam sis,sy brcadang nk pergi aussie bulan 11 ni , ade bberapa prkara nk tanya ,boleh brtanya melalui whatsapp ? tq

  3. Zainur Says:

    Tanya je kat sini nanti saya balas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs