Tips dan review percutian ke Gold Coast (part 2)

Hola!

Okeh, kali ni aku nak cerita pula aktiviti lain yang boleh dibuat di Gold Coast yang tak memerlukan perbelanjaan yang banyak atau dalam kata lain tempat menarik selain taman tema!

Pilihan 1
Kalau ini kali pertama anda ke Australia, ambil lah peluang ini untuk ke zoo atau animal park. Sebab bila lagi nak tengok dan feed kangaroo dan kaola kalau tidak di Aussie kan? The nearest animal park would be Currumbin Wildlife Sanctuary. Kalau dari Surfers Paradise, lebih kurang 25-30 mins driving. So far, park ni adalah yang terbaik di Gold Coast. Tapi, kami dah biasa dan banyak kali pergi zoo so, kami tidak ke sini.

Pilihan 2
Melawat pantai-pantai di sepanjang Gold Coast. Haha! Oleh kerana Gold Coast terletak di persisir pantai jadi bermacam-macam pantai yang boleh dilawati. Semuanya cantik-cantik dan tersendiri. Selain Surferes Paradise Beach, ada Kirra Beach, Snapper Rocks, Coolangatta Becah, Burleigh Heads Beach, Tugun Beach dan banyak lagi! 

Pilihan 3
Tamborine Mountain! This is a must visit place while you're in Gold Coast. It's one of the Gold Coast secret treasure! There are a few things that you can do at Tamborine Mountain. Antaranya adalah Tamborine Mountain Skywalk dan Glow Worm Caves. But, we only sempat ke Skywalk...dang! That's because we spent so much time at Gallery Walk. Sepanjang jalan di Gallery Walk penuh dengan deretan kedai-kedai artworks, paintings, ceramic, pottery, chocolate factory dan banyak lagi yang menarik. Kalau ada kesempatan boleh juga singgah di lookout di sini untuk melihat panorama yang menakjubkan. Pendek kata boleh spend seharian di sana dengan pelbagai aktiviti!

At one of the shop in Gallery Walk.

Another cute shop at Gallery Walk.

The Germany Cookoo watch shop at Gallery Walk.



Fancy shop at Gallery Walk.

Girlish shop at Gallery Walk and lots more! Because it's so hot we have to wear a hat!

Tamborine Mountain Skywalk.

Pilihan 4
Dah alang-alang ada kat Gold Coast silalah jangan takut-takut untuk ke Brisbane. Brisbane is the capital city of Queensland. Jarak dari Gold Coast pun tak jauh mana just about 1 hour driving. Rugilah kalau tak ke sini sebab Brisbane ni bandar lama kalau nak dibandinkan dengan Gold Coast. Uols boleh tengok struktur bangunan lama walaupun tak lah sehebat seperti di Europe tu tapi worth it la jugak. Boleh check trip advisor untuk tempat menarik di sekitar Brisbane!


Some old building. Macam ada pengaruh seni bina Melayu kan?

Another old building at Brisbane.

An old windmill at Brisbane.


My hubby is so giant! Science center, Brisbane.
I'm shrinking!

Where's my body???


So, itulah sedikit sebanyak aktiviti yang boleh dibuat sepanjang berada di Gold Coast. Nak tahu lebih lanjut boleh google. Aku cuma provide basic info aje..tehehe... Anyway, sebelum aku tutup cerita pasal Gold Coast berikut adalah rumusan ringkas tips bercuti di Gold Coast:

1. Penginapan: Kawasan Surfers Paradise adalah kawasan yang paling popular sebab dekat dengan pantai, mall dan segala kemudahan. Jadi kos penginapan mungkin lebih mahal dari kawasan lain di sekitarnya. Walaubagaimana pun, terdapat banyak penginapan dari taraf hotel yang berbintang-bintang hingalah ke motel atau apartment yang biasa-biasa saja. Pilihan di tangan anda. Bagi yang bawa family saya cadangkan menyewa apartment sebab luas, selesa di samping boleh memasak dan membasuh baju! Kalau couple sewa studio pun dah okay ;)

2. Kenderaan: Anda boleh menyewa kereta atau naik transport awam saja. Tapi bagi saya mudah dengan kereta sebab kita bebas nak ke mana saja tanpa perlu stress dengan jadual perjalanan. Tambahan pula rata-rata taman tema terletak di luar kawasan bandar. Tapi, kalau nak pusing sekitar Surfers Paradise tu jalan kaki sahaja lah memandangkan parking adalah limited dan berbayar.

3. Pilih taman tema yang anda betul-betul minat dan nak pergi. Kemudian beli tiket kombo untuk lebih penjimatan dan berbaloi. Kalau selalu check groupon mungkin boleh dapat diskaun yang kaw-kaw punya. Pada hemah saya, kita akan spend masa seharian untuk satu taman tema. Jadi rancang molek lawatan anda dan pergi seawal mungkin untuk elak kesesakan. Kalau beli tiket online senang sebab tak perlu beratur panjang! Bawa lah bekal air dan makanan sebab makanan dan air kat taman tema lebih mahal dari biasa!

**sekiranya terdapat tips lain yang timbul di ingatan saya akan update dari masa ke semasa

Hopefully, entry ini dapat membantu anda merancang percutian ke Gold Coast! Selamat bercuti :)

psst: Sorrylah bahasa rojak dan bercampur. Mutu bahasa Melayu saya sudah menyusut *sigh*
7 Responses
  1. elly sya Says:

    info yang menarik. Macam mana rasa duduk atas kerusi gergasi tuhh .. kena panjat ke kalau nak duduk? just bertanya ..

  2. Zainur Says:

    elly sya: terima kasih. aah kena panjat sikit ;)

  3. Anonymous Says:

    Good info Zainur..just wondering, which one is more convenient if I want to travel (with a family) from Brisbane to GC, renting a car or just take a train? Sy dengar dekat Brisbane banyak jalan 1 way, so it can be a litlle bit confusing kalau nak drive. Appreciate your comment on this.

  4. Zainur Says:

    Hi mudabahaya,

    If I were you I will choose by car because it's much convenient to travel with kids. Most of the theme park is far away from the town area. Although they provide transportation like buses (I think) but I still prefer by car because I can travel at anytime I want at my own convenient time. The road is not that confusing as far as I've experience it. Unless you just planning to stay or travel around surfers paradise area than by train or walking is more convenient as it's hard to get a parking in that area :)

  5. shidasanmil Says:

    Salam Zainur..yg kerusi gergasi tu kt mane ye? Sy plan ke gc wiken ni..thankss

  6. Annas Suffiya Says:

    Salam... Kalau ke brisbane, pergilah ke toowomba.. Jln2 dlm bandar brisbane.. Shopping perfume yg sgt2 murah... Pergilah ke tweedhead.. Dan byk lg tempat menarik di sana... Mmg bebaloi menghabiskan masa di sana..

  7. Zainur Says:

    Thanks Annas!

    Cinet, kerusi gergasi dekat sains museum di brisbane city tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs