Tentang Aku lagi

Dah beberapa bulan aku menyepi. Walaupun aku suka dengan kerjaya aku sekarang ni tapi aku masih tidak dapat mencintai tempat ini. Sungguh aku rasa terseksa di sini. Dan rasa tidak suka itu telah membunuh pula kecintaan aku terhadap kerjaya ku. Mengapa ya jadi begini? Atau ini sekadar perubahan hormon yang berlaku dalam diriku....

Oh ya...memang aku sengaja merahsiakan hal ini dalam penulisan ku yang lalu. Sebab aku ini orangnya perahsia sekali. Tak suka gembar gemburkan cerita sendiri. Macam sesetengah orang yang ada saja ceritanya atau statusnya yang akan dimuat naik dalam facebook. Atau sebarang klu atau gambar untuk dikongsi. Walhal dalam facebook itu bukan semua kawan baiknya. Mungkin ada yang tumpang gembira tak kurang juga yang menyampah. Jadi untuk aku biarlah hal ini dikongsi dengan keluarga dan teman rapat. Pun begitu aku bukanlah jenis miliki teman akrab ni. Jadi sesiapa yang ada di depan mata ni saja dan rapat yang aku kongsikan. Biasa yang jauh tu dah tak ingat kita sebab mereka punya teman rapat yang lain kan? Tak gitu? So why must have hard feeling and sentap kan....hehehe...

Tapi keadaan sekarang menyukarkan aku untuk terus lagi berahsia. Kerana apa yang aku lindungkan sudah tidak dapat diselindung lagi. Jadi bukan saja teman yang tak rapat pun tahu tapi yang tak dikenali pun tahu juga. Perut ini sudah tidak dapat disorok lagi di sebalik pakaian ku yang besar dan longgar. Sebab perutku memang besar! Macam sebiji bola atau sebiji tembikai yang disorok dalam baju...tak perlu tanya pun orang dah tahu!

Kini aku hanya menanti waktu untuk melahirkan. Menghitung detik dan waktu. Harap harap sempatlah aku cover kerja aku di sini sebelum aku balik ke Terengganu. Ramai juga yang bertanya kenapa tidak bersalin dan berpantang di rumah mak sendiri. Hurmm..ramai juga yang meragui bolehkah aku berpantang sendiri? Well kenapa tidak walaupun ini kelahiran sulung biarlah aku berdikari sendiri. Cukuplah sekadar Allah bersama ku. Dan anak yang bakal lahir ini yang telah 9 bulan menemaniku di tanah gersang ini. Suami? Selalu di sisi... ♥♡♥

0 Responses

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs